Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 16, 2009

Perit & Sengsara

Assalamualaikum pembaca sekelian.....

Hari ni hati saya agak tersentuh dek kerana satu peristiwa... Peristiwa yang mana saya akan ingat sampai bila-bila... Bukan kerana sedikit kebaikan yang ditaburkan tapi kerana derita sengsara yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak kecil kerana sikap dan silap ibu & bapa mereka sendiri.... :(

Kisah ini berlaku tengahari tadi, ketika saya menemani kawan sekerja pergi membeli makanan di sebuah restoran di sekitar Pelabuhan Kuantan. Oleh kerana saya sudah terlalu kenyang ketika itu, jadi saya mengambil keputusan untuk menunggu sahaja di kereta. Sambil mendengar radio, saya menggelamun memikirkan soal anak-anak. Ketika itulah saya ternampak kelibat dua orang anak kecil yang mana masing2 saya agak sebaya dengan anak2 saya... Danial & Dania. Sedang saya terpandang ke arah mereka, tiba2 datang kakaknya (dalam lingkungan 10-12tahun) memukul si adik lelaki. Pada anggapan saya mungkin adiknya telah melakukan kesalahan.... Saya terus perhatikan dari jauh keadaan anak2 itu yang sedang termenung dan menangis di anjung rumah mereka yang boleh saya samakan dengan reban ayam... Terlalu dhaif... betul2 tak layak untuk dijadikan rumah... dan kerana itulah hati saya tersentuh memikirkan nasib dan masa depan budak2 itu.

Entah macamana, hati saya tergerak untuk memanggil anak2 itu. Kebetulan si adik lelaki memandang ke arah saya, lalu saya melambaikan tangan kepadanya dengan harapan dia akan datang kepada saya... Tanpa disangka-sangka... anak itu bersetuju dan dengan langkah yang lemah, dia menghampiri saya... Kebetulan sahabat saya sudah selesai membeli makanan. Dan saya segera bertanyakan si anak kecil itu samada dia dah makan atau belum... Dengan lemah dia jawab... "belum lagi... sejak pagi...". Saya tanya lagi, "adik ada duit nak beli makanan?"... dan dia terus menggelengkan kepala... Masa tu, tak tahulah nak bayangkan macamana perasaan saya sebagai seorang ibu bila mendapat jawapan sedemikian rupa... terus saya bayangkan apalah yang akan terjadi kalau anak2 saya dibiarkan kelaparan macam tu... :). Sedih, sayu, hiba... semuanya ada...

Tanpa berfikir panjang, saya dan sahabat saya tadi terus menghulurkan duit kepadanya. Dan saya beritahu dia... "ambillah duit ni, adik pegi beli makanan. Kalau mak tanya sape bagi duit, cakap aje ada makcik yang berikan... Beritahu mak, makcik pesan jangan marah adik sebab ambil duit ni." Dia menggangguk dan terus berlari ke gerai berhampiran untuk membeli makanan... Saya turut mengekorinya untuk memberitahu kepada tuan gerai supaya memberi makanan yang mencukupi sesuai dengan jumlah wang yang kami berikan tadi kepada anak kecil itu..

Semasa berjalan menuju ke arah kereta semula, saya nampak adik perempuannya yang saya agak sebaya Dania sedang menuju ke arah kedai tersebut juga. Saya pun tegur... saya tanya dia, "sayang dah makan?". Dia pun turut menggelengkan kepala.. Saya cakap lagi padanya, "kalau sayang nak makan pegilah dekat abang... makcik dah bagi duit untuk beli makanan." Dia pun terus menuju ke arah abangnya sambil membalas lambaian dari saya. Kesian anak kecil itu... mereka belum mengerti apa-apa tetapi sudah terpaksa menanggung perit dan payahnya hidup di muka bumi ini.... Dari jauh saya lihat si abang memeluk si adik sambil menunggu makanan siap. Dan saya turut terfikir, apalah lagi rahsia Allah di sebalik kejadian ini... Kenapa terlalu berat dugaan Allah untuk anak2 sekecil itu... Mungkin ada hikmah di sebaliknya....

Dari soal selidik yang saya buat dari kawan2 terdekat, saya dapat tahu ayahnya seorang penagih dadah dan tidak bertanggungjawab... Dalam hati kecil saya memang wujud rasa marah pada si ayah kerana mengabaikan tanggungjawab yang Allah amanahkan kepadanya dengan begitu mudah... Tapi, dengan marah saje pada saya tidak akan merubah apa-apa... Dengan inisiatif yang ada, saya cuba menelefon pejabat Berita Harian Kuantan untuk membuat aduan... Sekurang-kurangnya mereka boleh paparkan dalam akhbar tentang masalah keluarga ini. Cuma, dari pendapat yang diberikan oleh wartawan yang saya hubungi... agak sukar untuk membantu keluarga ini kerana kedudukan ayahnya sebagai penagih dadah...

Dan saya terangkan kepada wartawan itu, kalau betul susah untuk membantu keluarga ni dari segi wang ringgit, saya cuma berharap agar pihak2 yang bertanggungjawab boleh membantu memastikan nasib anak2 tadi terbela... Itu je harapan saya... Kesian pada anak2 kecil tadi... Saya doakan, semoga dengan pertolongan kecil ini dari saya dan sahabat2... dapat mengubah nasib anak2 kecil tadi... Sekurang2nya mereka diberi ilmu dunia dan akhirat secukupnya. Dunia hari ini terlalu besar cabarannya. Saya bimbang kerana sikap dan kelalaian bapa mereka... anak2 ini menjadi mangsa keciciran....

Wallahualam....

Friday, June 12, 2009

I'm Physically Weak!

No words can describe my condition rite now! Teruk sangat2! I donno when would these sickness blow away from my entire life.... Dengan flu + fever + fatigue + vomit + apa lagi.... semuanya ada. All in one. Worse comes to worst... kena pulak sakit mata... bertambahlah hebatnya dugaan dari Allah ni.... To date, dah 5 hari aku menderita sakit mata :)... Dapatlah aku bermaharajalela di rumah jer... tak payah pegi keje... :P

Kalau ikutkan, macam2 cerita yang mo diceritakan... tapinye... aku tak de daya upaya!!!!!! Tunggulah bila dah ok sket nanti, baru boleh start blogging semula... btw, recently aku ada jumpa doctor... kebetulan nak buat check up mata... sambil2 tu timbang la berat badan. Maklum laaa dah masuk 3 bulan ni. Mana tahu kot berat dah bertambah! Rupa-rupanya, dek kerana demam... berat aku turun 1 kilo... So, have to be careful laa next month. Kalau tak ada peningkatan, takut doctor bising pulak nanti... Kalau ikutkan... masa mengandungkan Danial & Dania dulu pun mcm ni laa jugak... Bila masuk bulan ke 5 baru laaa berat ni naik.... Oklah! got to go now.... mo titun barang seminit dua... ngantuk sbb malam2 payah betul nak lelap.. abis asyik kepala ni pusing memanjang.... :D