Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label princess dania. Show all posts
Showing posts with label princess dania. Show all posts

Monday, March 22, 2010

mintak kawin...

venue : atas tilam dania
situasi : ummi sedang pakaikan diapers ke punggung Dania selepas mandi setibanya dari Kota Bharu...
time : 10:00pm

Drama pun bermula.....

Dania : Ummiiii.... Nia nak kawin la..
Ummi : Mana boleh.. nia kan kecik lagi...
Dania : alaaa.... nia nak kawin jugak! Nia nak kawin mcm ummi ngan walid.... mcm dalam gambo
tu (refer to gambo kawin ummi ngan walid)
Ummi : *speechless* (dalam hati cuma boleh berkata, "adeeehhh... sakitnya badan duduk dalam
keta lama2, tetiba anak lak mintak nak kawin.. punggung tu duk bertampal lagi nia
ooiii....) :P

abis cane! anak dah kemaruk nak kawin nih!!!! cubalah korang tengok gambo kat bawah ni??? layak ke member sorang tu nak kawin? bukan main lagi kaki duk peluk adik. nasib baik laa adik tak lemas... dia buat adik tu mcm teddy bear dia je.. huhuhuhu....

Monday, March 15, 2010

The Kids

Malas nak cite panjang, jd tonton video cukuplah kot...

1. Haziq's Milestone

Masa dalam pantang, camni ler Haziq duk bercakap... (mulut terbukak, suara tak kuor). Apa yang nak diceritakan tu nak ooiiii??? Nak susu ker????

tapi sekarang... macam dia sorang je yg ada suara.. Oklah tu Haziq, orang lain dah puas bersuara... kali ni kasi chan kat Haziq lak ek....

2. Hobi Dania Hasya

Ini pulak kisah Dania dengan hobinya dari siang sampai ke malam... Ada hati nak jadi Stacy... Ya ampun anakku... Nauzubillah.... Hobi aje yer... bukan cita2!

haaa kannn... aku cakap korang tak percaya... dalam pelat2 tu ada hati nak nyanyi lagu stacy.. siap ngan gaya2 lagi... hok aloh!!!!! layan je laa.. ZASSSSSSSS

tapi sekali sekala ada gak Nia menyejukkan hati ummi dia.... Alhamdulillah... apa dibaca laa dek anak dara ni ye agaknya.. buat masa ni, belasah jer la Nia ooi!!!! :P

Thursday, March 11, 2010

Our Chocolate Cake, Strawberry Pie & Dates Cookies

Salam semua... Wahh!! Hari ini saya ada semangat baru... semangat nak update blog sejak sekian lama duk peram.. (malas punya pasal)... Nasib baik tak jadi ikan pekasam.. Kalau tak, mesti dah lama abis ditelan... Apa pun, kali ni cuma mahu update pasal insan baru dalam keluarga kami iaitu Muhammad Darwisy Haziq atau nama glemernye.. H.A.Z.I.Q ! As of now, Haziq dah pun berusia 2bulan setengah.. Alhamdulillah, sehingga hari ini Haziq membesar dengan sihat dan so far tak banyak kerenah. Abang dan kakak pun hepi beradikkan haziq... and haziq pun bahagia berabang dan berkakakkan Danial & Dania.... Abang & kakak sangat2 bertanggungjawab pada si kecil Haziq.. Alhamdulillah, syukur sebab abang & kakak selalu menunjukkan sifat PELINDUNG pada adik yg masih kecil... So, here we go.... latest pictures of Haziq... Our Chocolate Cake, Strawberry Pie & Dates Cookies... hehehe

These brown photos have been taken while we're waiting for Abang Danial who is going to attend a tuition class. Ummi was so bored and tried to fill in the time with snapping the pictures.


Who do I look alike hah???

Definitely Walid's face is down here... :P







Haziq & kakak... A lovely sister ever!

Don't you notice that Haziq is looks like a BEE! But no wings to fly... how sad!

Haziq is trying to understand what his ummi going to do with the hp. Ummi is snapping yr picture laa my dear... buat collection

Haziq tak leh jauh dr 'soother'nya... Dengan soother itulah haziq akan sentiasa rasa aman dan damai... sehingga mata terpejam dan lena dibuai mimpi...

07.03.2010

My mun asked us to visit our grandma or embah (moyang) to the kids, who is getting sick after having a bit problem on her knee & calf. Embah can't properly stand up... Kalau nak solat pun harus duduk. She need to hold something while walking. If not, nanti embah boleh jatuh. Dan kalau jatuh, kaki embah akan jadi bertambah parah. Actually, saya ada nasihatkan supaya my grandma pakai tongkat and i believed that the entire families ada nasihatkan dia supaya pakai tongkat but unfortunately she refused to do that. I really have no idea about this. I know she must has her own reason but on the other hand, this is for her own good. I donno...

So, Haziq pun harus ikut sekali... Pada stage ni, Haziq ikut aje laa apa yg Ummi pakaikan kat Haziq yer.... Janji Haziq nampak bersih dan kemas. Puting memang x leh jauhlah kan... Abang dan kakak pulak dah pandai nak pilih baju sendiri... Orang dah stylo la katakan... So, time ni Ummi lak yang kena ikut kehendak abang dan kakak... but Ummi x sempat nak snap gambar abang dan kakak coz mereka berdua ni dah sibuk pegi main lepas bersiap dengan kawan2 sebelah rumah. Apa yang pasti, kakak pakai tudung hari ni sebab nak ikut style ummi. X per... ummi tak kisah kalau terpengaruh dengan benda yg baik... Ummi ikut jer kalau kakak suka. Tp ummi x paksa... sebab kakak masih kecil lagi. Saje nak cantik2 boleh laa... Tp nanti bila dah besar, tudung adalah satu kewajipan untuk kakak. Abang & Haziq... ummi tak kisah sangat coz kedua2nya lelaki. Pakailah apa saje asalkan nampak sopan...


ummiku sedang bersiap... dan aku sedang menunggu...

21.02.2010

Pada tarikh keramat ni, Haziq telah dibotakkan buat pertama kalinya dalam hidup Haziq oleh Walid dan Ummi. Proses pembotakkan telah mengambil masa selama kira2 1 jam. Huh, bukan satu kerja yg mudah... Harus berhati2 takut pisau cukur terkena kulit kepala Haziq. Huhuhu... ngeri kalau terjadi mcm itu... Ok tak bila haziq botak??? Hehehe... dan Walid akan terus botak dan botakkan lagi Haziq selepas ini sehingga cukup 40kali. InsyaAllah....


Bergambar selepas dibotakkan :P dengan puting lagiii!!! hehehe


CNY @ Kota Bharu 13-17.02.2010

Ini adalah kali pertama Haziq menjejakkan kaki di Terengganu dan Kelantan. Nak balik umah nenek dan atuk john di Kota Bharu. First time nak jumpa nenek ngan atuk selepas Haziq dilahirkan... Mak Long, Mak Su, Kakak Maria & Sarah pun nak jumpa sangat ngan Haziq.. So, alhamdulillah... hajat nak jumpa kesampaian jugak. Cuma Ayah Chik, Makcik Tissam & Abang Nuzul jer tak de... coz dorang tak balik bercuti di Kelantan. Ayah Chik sibuk dengan training. Liga Perdana kan baru bermula... so susah nak dapat cuti. Tak pe, ada rezeki lain kita berjumpa jugak...

For readers information, sepanjang mengandungkan Haziq... memang saya dah berniat nak bawak Haziq berjumpa Tuan Guru Nik Abd Aziz (MB Kelantan). Kalau boleh memang nak suruh Tuan Guru menyempurnakan majlis tahnik dan cukur jambul haziq kali ni. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala yg dihajati.... Walaupun tanpa membuat sebarang temujanji. Syukur yang teramat kerana pada hari tersebut(16.02.2010) x ramai yg datang bagi tujuan yg sama. Mungkin kerana hari tersebut jatuh pada hari bekerja bagi negeri Kelantan. Kami sekeluarga pergi ke sana sebelum solat Subuh ditemani FIL and SIL serta anak2nya... Dan bersolat subuh secara berjemaah di masjid Tuan Guru. MasyaAllah, ramai sungguh jemaah yang solat kat sini. So... malas nak cite panjang. Lets the pictures tell the story.... :P (perangai malas kembali lagi...hikhikhik)

majlis dimulakan dengan bacaan doa....


upacara tahnik akan disempurnakan... (walid tgh cabut puting haziq tuh.. huhuhu)
haziq duk rasa kurma... sedap laa agaknya tuh!
haaa kaannnn ... haziq senyum jer.... memang sedap laa tu...

rasa kismis pulak... aaiii, kenyang laa anak ummi kali ni..

rasa air zam zam pulak yer....

dan akhirnya.... jambul digunting juaa.....


Alhamdulillah, majlis pun selesai... Walid berkesempatan meminta Tuan Guru untuk membacakan doa di kepala abang Danial. Oleh kerana kesuntukkan masa, Tuan Guru tak sempat membacakan doa untuk Kakak Dania... InsyaAllah.... panjang umur kita berjumpa lagi.... Ummi dan Walid rasa bersyukur sangat2 sebab diberikan Allah SWT peluang sebegini.
InsyaAllah, kalau tak de halangan, next week kitaorang akan balik semula ke Kota Bharu. Dan kalau Tuan Guru dah sihat, harap2nya dapatlah kami berjumpa di tempat beliau sekali lagi.. Semoga dimakbulkan doa kami... Amin....

Wednesday, September 16, 2009

Tragedi Hari Ini

As usual.... setiap hari sebelum pegi keje aku akan make sure Dania dah mandi unless kalau dia lambat bangun tido.... And Dania pulak seperti biasa kalau boleh nak buat semua perkara sendiri.... termasuklah tanggal baju, ambil towel, diapers.... and mandi pun kalau boleh nak buat sendiri. Maklum laa orang dah rasa diri tu dah besar.... Nak jadi kakak kan tak lama lagi.... Dan macam biasa jugak, tak de apa yang pelik berlaku sepanjang pagi ni.... Pada tanggapan aku begitulah sebab Dania pun macam biasa-biasa aje..... Aku mandikan dia... sabunkan badan dia.... gosok gigi, lap badan dan bersiap untuk pakai baju....

Tetiba..... aku nampak sesuatu kat dada Dania..... Aku terus tanya dia... "eh.. adik! Adik kena apa ni???" Masa tu barulah dia nangis..... "ummi.... sakittttttt!!!! Adik kena panassssss (iron)... sakittt ummi!!!!!"... Aku masa tu tak tahu nak cakap apa.... Tergamam???? Kena seterika??? Masa bila? Masa aku iron tudung dia tgh tengok tv.... Tak de pulak dia datang main dekat dengan iron tu... dan aku tahu Dania ni memang takut sangat dengan iron. Aku tanya dia lagi.. "adik kena masa bila? Masa nak ambik tuala ker???".. dia terus mengangguk.... Alahai kesiannya..... Aku terus peluk dia... "Nape tak cakap kat ummi tadi? Adik takut ummi marah ke??"... Dania mengangguk lagi.... Aku cakap kat dia, "ummi tak marah adik.... adik tak sengaja kan...". Nasib baik dia nangis kejap jer tapi aku tahu memang sakit sangat laa tu.... Cuma Dania ni je yang jenis tahan sakit....


Aku tak henti berfikir macamana laaa dia boleh tahan sakit... Lepas kena tu aku terus bagi dia mandi... siap sabun lagi kat tempat tu.... Sikit pun dia tak nangis. Yang sedihnya dia tak nangis tu sebab takut aku marah.... Ya Allah!!! Kalau dah macam tu takkan laa aku nak marah.... Kesian lagi ada.... Tapi kelemahan aku satu je.... bila benda2 melecur mcm tu... aku tak tahu nak letak ubat apa... So, sampai umah nenek (mak aku), barulah aku letakkan ubat Minyak Kayu Kapur kat dia.... Time tu barulah dia nangis sekuat hati sebab dia cakap sakit sangat.... Alaaaa kesiannya.... Betul2 tak senang hati hari ni nak pegi keje.... Entah laa harap2 petang nanti dah ok sket luka Dania tu... Sedihhh :(
Sakitnyaa.... Kesian Dania!!

Thursday, July 16, 2009

T.I.G.A on 16.07.2009

HAPPY 3rd BIRTHDAY.. my dear little princess Nur Dania Hasya.... We LOVE you so much!

We had a dinner last nite at Secret Recipe. Just 4 of us to celebrate Dania's 3rd birthday... Actually her birthday is today but seems Walid wouldn't be around as he has to go to Singapore today to attend a meeting, so I suggested to just have a small celebration among us a day earlier.

She looked really happy yesterday as I guess now she knows and understands the meaning of 'birthday' which suppose to have cakes, meals, presents and etc.. But yesterday, I told her that this is just a small celebration... no present at all, just cakes and makan2 je.. next week (25.07.09) would be the real one.... Nasib le dania ni bukan jenis demanding! Hehehe... Tak pandai lagi....

We just ordered 2 slices of cakes... tak boleh banyak2 coz certainly they couldn't finish it all at one time. Besides we did order other meals i.e. bolognese spagetti, kid's fish & chip, tomyam noodle and also mushroom soap. Itu pun seksa nak habiskan... :)

This was her very first time I guess she blew the candle... 2 years before I tak bagi coz takut api terkena muka.... and i'm strongly believe this would be the reason why she looked really excited to blow the candles... hinggakan 4 kali aku hidupkan api semata2 tak sempat nak ambik gambar dia... but, finally mr hubby managed to snap the picture. Dania... Dania....

Btw, si Danial pun sibuk nak tiup lilin... Grrrrr.... but then my hubby said " kasi chance le sama dia... nanti jeles pulak"... hehehe... Overall, we enjoyed our dinner last nite... especially our kids... Buat Secret Recipe tu macam rumah dorang sendiri... Aduiii!!! Fenin! And... sesampai je di rumah... Danial sudah tido... dan Dania pulak... tersengih2 memanjang... Happy sangatlah tu...

Monday, May 18, 2009

Sports Day

Yesterday was a sports day at my son's school.. so, early in the morning ummi and anak2 dah bersiap2 nak pegi ke sekolah eventho danial tak masuk apa2 pun acara... (belum dapat aura walid bab bersukan nih!)... Saje nak enjoy... first time kan involve dgn acara sekolah anak ni... so... crazy excited laa ni... Kalau le danial masuk acara... tak tahu le excitednya tahap mcmana.. Btw... tumpang happy sekaki lerr sebab my nephew (Ayiq) dapat gak tempat ke3 acara lompat jauh berdiri (confuse nih! ada ke lompat jauh sambil duduk?). Macam2 laa sekolah ni... Hubby tak dpt nak join coz dia ikut my dad pegi ke kebun kelapa sawit yg my dad usahakan... Aku ni a bit kepeningan laa ms kat sekolah tu tambah pulak ngan cuaca panas yg amat! Bermandi peluh aku ngan budak2 ni... Tp... tak sampai pun pukul 12, aku dah chow balik rumah mak... nak cari aircond!.... Panas gilerrrrr... So, ini je laa gambar2 yg sempat aku snap ms kat sekolah tu... nak snap byk2 tak de mood sbb ms tu bz layan anak tekak ni je yg asyik nak muntah... tambah2 bila cikgu2 kat situ menjamu selera makan mee goreng tepi aku... lagi laaa loya tahap kritikal dah time tu....

botol susu mmg tak pernah lupa... penat berlari 100m...

Dania rasmi suits yg my SIL beli kat Bandung... Polo Ralph Lauren..

brother n sister



ibu2 mengandung.....

Dalam pening2 tu... lepas zohor aku ajak mak aku pegi kemaman... terliur nak makan kopok lekor... so... dapat laa makan walaupun tak sampai setengah jam pun duduk dalam perut ni! hehehe.... kesian perutku.... lately ni mmg jarang sangat le sempat kenyang. Lepas makan je mesti nak uwekkk balik... tension jerrr!!!
Malam tadi pulak hujan lebat.... sesuai sgt la dgn siang tu yg panas terik! Dia balas ngan hujan lebat.. Dalam pukul 1am gitu aku terima call dari mak aku... Dia cakap rumah dia dah start nak naik air... Kesian gak kat dia sorang2 since abah aku stay kat kebun je semalam... tapi buat kerana mamai ni terlebih... jdnya ms bila aku offline pun aku tak tahu... hehehe... tak leh harap lorrrrr.... Nasib baik laa abg aku ada... So, dia laa yg tolong mak aku angkat sofa2 tu semua... Aduiii... berat! Pagi tadi aku gi rumah mak aku... semuanya dah settle dan rumah pun dah bersih... :) Air start surut dalam pukul 4am gitu...Tu pun nasib hujan berhenti... kalau tak, tak tahu laaa apa jadi ngan umah tu.. Kesian mak aku....
Ok aaaarrr... Selamat Hari Guru utk semua guru2.... Hari ni Danial sambut kat Sekolah KAFA... Esok Kat Sekolah Kebangsaan pulak... huhuhu.... one gift for one teacher for each subject!!!! weeekkkkkkk... bengkok ummi ngan walid! Headmaster sekali tauuuu.... Semangat giler beli hadiah kali ni..... :P

Tuesday, April 14, 2009

Macam2 cerita...

1. Barbie & Superman

Bukan susah zaman sekarang nak teka seseorang tu ada anak berapa... anak apa... pompuan ke, lelaki ke... Dengan berus gigi pun orang dah boleh agak aku ni ada 2 orang anak... hehehe... suparman n bedah... :P sian anak aku....

2. BSM's Family Day 2009

Sabtu lepas company hubby buat family day kat Dhe Rhu Beach Resort... belakang umah mak aku je pun.. Actually, i'm not into the event sgt coz bz entertain kawan2 (para isteri kepada suami2)... Masa ni jelah yang boleh jumpa and tanya kabar... Dan tak dilupakan... anak2 yang sibuk nak swimming. We'd never been there for almost 1 year... Kalau tak once awhile mesti bawak budak2 ni swimming. So... silalah balas dendam anak2 ku. Biasanya berbayor, kali ni FOC... Company yg bayar... Malas nak bawak bukannya apa... kulit ibu dan anak2 ni tak tahan woooo ngan matahari... Nak boleh hilang hangus tu makan berbulan... Itu yg den lomah sekali. Tapi kali ni... no excuse... coz it's FREEEEEEEEE... hehehe....

Listening to the speech by GM

Nia dah tak sabar nak berenang....

abang n adik...


syoknya berendam... ummi gak kepanasan menunggu...


Monday, April 6, 2009

Mood & Minat

Aduhh... hari ni betul2 tak de mood nak keje. Gara2 miscommunication... bala besar dtg dlm sejarah kerja aku hari ni.. Tak tahu silapnya di mana. Telinga aku ke yang silap dengar atau otak aku ni yang tak berfungsi dengan baik? Paling teruk... aku cuma ada 2 hari nak selesaikan masalah ni. mana sukuppppp???? sedangkan aku dan auditor expect 2 minggu lagi baru siap.. nak nangis dah ni... huuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(:(:(:(:( .... habislah aku kali ni. Boleh ke hantar tender 24hrs??? heeee... rasa nak buat mcm tu jeee..

Ok...ok... cool ummi... cool..... MU menang semalamkan... Menang bergaya lagi selepas keciwa 2x...! Hehehe... Ni satu lagi kisah... Kisah aku dapat minat yang baru. Entah mana datangnya minat tu... Tetiba je manusia yang tak pernah kenal jarum dan benang ni rasa nak menjahit... Bukan jahit baju... tapi jahit manik.. Kira ok apa? Alkisahnya... siaplah sudah 3 pasang kebaya aku... Bila tengok2, cam kosong je... Tak cantik laa pulak... So, tergeraklah hati ni nak letak manik. Dengan pertolongan seorang kawan, aku pegi cari manik yang bersesuaian... Jadinya, setelah sebulan mentelaah ilmu manik ni, maka siaplah sudah 2 pasang baju kebaya aku. Taraaaaaaaaaaaa.... Mestilah banyak kekurangan sbb ni first attempt aku ni nak jahit manik... Sampai rasa nak muntah aku tengok manik2 yang kecik lagi halus tu.... Tapi kira berbaloi jugaklah usaha aku ni....

tak tahu pattern apa ni.. Kasi hentam sama dia... hehehe




Konon2nya yang hitam tu nak le dipakai pegi keje hari ni... Tapi ntah apa malangnya nasib aku, masa nak iron tu (dah letak point tu kat -0.1 rasa2nya leee) tetiba je aku angkat2 tengok dah ada beberapa lubang. Lubang nak bagi masuk angin ke apa ni? mentang2 la baju tu hitam. Terpaksalah aku cari jalan nak alter baju ni semula... tension amat ni! Dah tak boleh nak test baju ni.... Waaaaaaaaa... 2x aku nak nangis hari ni..... Nasib baiklah MU menang semalam... Hehehe....

tgh duk cari idea ni camana nak tampal lubang ni... Nak buat sendiri kononnya... Fikir2...


Hari ni jugak aku bawa Dania stay kat ofis... Coz nenek tak de nak jaga... Since Jumaat lagi dah... till rabu ni.... Alhamdulillah Dania tak banyak kerenah. Ada bantal busuk, botol susu, beg sekolah, kertas ngan pen... Semua berjalan seperti biasa. Lepas ni boleh laaa jadi assistant ummi kat ofis ni ye sayang. Asal org call je... dia la jadi operator... Kalau suara lelaki, mesti walidlah tu... kalau pompuan pulak... nama nenek jadi mangsa.... Suka2 hati je dia.... Ermmm... tp assistant baru aku ni cepat penat laaa... Belum abis ofis hour dah mintak susu. Dapat susu sebotol, terus tidur kat sitter tu tak sedarkan diri.... Kalau tak digerak, mau maghrib kang baru bangun... Waaaaaaaaa... ummi nak balik awal ni Dania... Kesian kat abang kalau kita balik lewat... Bangun... bangun.... hehehe....