Aduhh... hari ni betul2 tak de mood nak keje. Gara2 miscommunication... bala besar dtg dlm sejarah kerja aku hari ni.. Tak tahu silapnya di mana. Telinga aku ke yang silap dengar atau otak aku ni yang tak berfungsi dengan baik? Paling teruk... aku cuma ada 2 hari nak selesaikan masalah ni. mana sukuppppp???? sedangkan aku dan auditor expect 2 minggu lagi baru siap.. nak nangis dah ni... huuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(:(:(:(:( .... habislah aku kali ni. Boleh ke hantar tender 24hrs??? heeee... rasa nak buat mcm tu jeee..
Ok...ok... cool ummi... cool..... MU menang semalamkan... Menang bergaya lagi selepas keciwa 2x...! Hehehe... Ni satu lagi kisah... Kisah aku dapat minat yang baru. Entah mana datangnya minat tu... Tetiba je manusia yang tak pernah kenal jarum dan benang ni rasa nak menjahit... Bukan jahit baju... tapi jahit manik.. Kira ok apa? Alkisahnya... siaplah sudah 3 pasang kebaya aku... Bila tengok2, cam kosong je... Tak cantik laa pulak... So, tergeraklah hati ni nak letak manik. Dengan pertolongan seorang kawan, aku pegi cari manik yang bersesuaian... Jadinya, setelah sebulan mentelaah ilmu manik ni, maka siaplah sudah 2 pasang baju kebaya aku. Taraaaaaaaaaaaa.... Mestilah banyak kekurangan sbb ni first attempt aku ni nak jahit manik... Sampai rasa nak muntah aku tengok manik2 yang kecik lagi halus tu.... Tapi kira berbaloi jugaklah usaha aku ni....
tak tahu pattern apa ni.. Kasi hentam sama dia... hehehe
Konon2nya yang hitam tu nak le dipakai pegi keje hari ni... Tapi ntah apa malangnya nasib aku, masa nak iron tu (dah letak point tu kat -0.1 rasa2nya leee) tetiba je aku angkat2 tengok dah ada beberapa lubang. Lubang nak bagi masuk angin ke apa ni? mentang2 la baju tu hitam. Terpaksalah aku cari jalan nak alter baju ni semula... tension amat ni! Dah tak boleh nak test baju ni.... Waaaaaaaaa... 2x aku nak nangis hari ni..... Nasib baiklah MU menang semalam... Hehehe....
No comments:
Post a Comment