Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 14, 2009

70000 Anak Bantu Iblis

I've found and read this article in Harian Metro, Ahad 12th April 2009. It's really good to know this sort of knowledge. So, enjoy reading guys!

IBLIS yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:
Rasulullah SAW lalu bersabda: “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku."

“Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”
Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab:
“Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan.“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanta tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid."

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99 peratus pahalanya akan terhapus."

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya.“Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,”
terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

Wednesday, April 8, 2009

I've been Tagged!

This is my first tag i've ever had since i'm blogging.... (sounds awful hah???) hehehe.... Tagnya datang dari yus.... Sementara tengah free ni... baik aku buat...
What were you doing 5 years ago?
Masa tu dah 4tahun aku jadi isteri kepada Mr Hubby... merangkap PA dia dan juga financial advisor dia... ermmm... Alhamdulillah, tahun tu jugak kitaorang dapat duduk kat umah baru which is rumah yang kitaorg beli sendiri (single storey semi-d) kat Bdr Damansara Kuantan. Kitaorang antara yang termuda beli rumah kat kawasan tu... masa tu laaa :P. Tapi sekarang masing2 dah tua sikit dr 5tahun lalu.... kehkehkeh...
What were the 5things on your to do list today?
1. Working as usual.... arrived at my workplace @ 10.20am... hehehe (ada share... tak leh nak kata apa2 laa)
2. Tapau lunch utk abah ngan Danial (beli nasi goreng cina je... aku cakap jangan buat pedas.. org tu buat jugak yg pedas... next time kena beri order dlm bhs Tamil lak baru dia faham.)
3. Siapkan Danial untuk pegi sekolah agama since my mum was not around... Biasanya dia naik van sekolah je tapi 2,3 hr ni aku yg hantar...
4. Nak pegi Standard Chartered Bank (malam nanti kot kalau jadi... nak buat cash deposit je)
5. Teman hubby petang nanti htr servis Mr Kia.... Aku kena bawak Mrs Kenari coz nanti hubby nak balik tak de transport... Mr Kia kena tinggal kat workshop utk sehari dua....
What are 5 snacks that you enjoy?
1. Suka giler makan maaaamieeee... hubby je yg tak tau.... rahsia tersimpan sejak dulu.
2. aiskrim... semua jenis aiskrim... tiap2 hari dapat makan pun i tak marah ok!
3. gula2 hacks - a must have sweets i guess....
4. clorets - only if i need to travel and tak de kesempatan nak berus gigi... hehehe
5.maggi - curry flavour (dalam sebulan mesti wajib makan maggi)
What are 5 jobs you've had?
1. Guru Bahasa (English/Malay)
2. Penolong Jurunilai Hartanah
3. Pegawai Data Maklumat
4. Guru Ganti
5. Account Executive a.k.a Accountant laaaa...
Tag 5 person and who are they?
Tak ramai kawan2 aku yang memblog... So, aku nak tag manusia2 di bawah ni je... hehehe
1. Hubby - i know he got no time!
2. Danial - still in class at this time... sure tak leh nak menolong
3. Nia - my sleeping beauty... tgh mimpi apa tak tahu laa...
4. Marini - ada friendster je... boleh tag jugak ke?
5. Tini - my colleague. Buat tini jangan tak buat!

Tuesday, April 7, 2009

eskrim seposen...

kalau zaman kecik2 dulu, favorite aiskrim aku mestilah aiskrim batang atau aiskrim potong. murah dan sedap. Abis mahal pun dalam 2 posen atau 3 posen utk aiskrim potong, meanwhile aiskrim batang cuma seposen... kalau kat tempat aku laaa.... Tapi sekarang nak cari aiskrim batang ni ada sedikit susah la... Unless kalau kita buat sendiri ataupun kalau kita stay kat kampung2. Rasanya masih ada. Kat kedai ada gak tapi yang jenis colourful tu... mcm2 warna ada... tapi yang tak bestnya pewarna yg digunakan tu rasanya agak merbahaya utk kanak2...

Bila dah ada anak ni, teringat pulak masa kecik2 dulu. And i'm quite sure yg anak2 aku memang suka kalau dapat makan aiskrim batang. Buktinya, masa balik Kota Bharu Baru2 ni... Kebetulan my SIL buat aiskrim batang. Saje cari duit utk top-up prepaid...hehehe.... Malangnya bila anak2 sedara balik... jangan kata nak top-up prepaid... nak pulang modal pun tak berupaya... Muka anak aku tok sah ckp laa... memang memanjang duduk dlm fridge... Nasib tak beku jee... :) So, bila fikir2 balik... dari budak2 ni beli aiskrim batang kat kedai yang entah bahan apa diisinya... entahkan air tu dimasak entahkan tidak.... jadi baiklah time aku duk bersenang-lenang kat umah tu aku buatkan dorang aiskrim ni.... Boleh jugak aku tumpang 2 kaki.... hehehe...

Makanya... last weekend for the first time, aku buat le aiskrim batang perisa jagung utk anak2 ku yang tercinta.... Buat pun dalam keadaan nyorok2.. Huh... kalau dorang tau... aku rasa tak sempat keras aiskrim aku tu. Mau duk mengadap fridge tu je... nak check samada aiskrim tu dah keras ke belum? Biasa ler... dah perangai maknya dulu mcm tu... Menurun le kat anak2.... :P

So, semalam lepas Danial balik sekolah agama, aku cakap le kat dia...

Aku : Hari ni tak yah beli apa2 kat kedai sebab ummi dah buat aiskrim utk abang...

Hrmmmm... mula2 dia tak percaya apa yang aku cakap.. heh! Ingat ummi ni tak de bakat ke nak buat aiskrim yang dulu seposen sekarang dah jadi 2posen? Ngan muka blurrr dia pun jawap....

Nye : Ye ke ummi ni? Ummi tipu Nye ehh?

Aku : tak de nak tipu2nya.... kalau tak caye... nanti tgklah apa yg ada kat fridge tu! (bangga woooo dpt buat aiskrim utk anak2... cehh!)

Sesampai je di umah.... terus anak terunaku masuk dapur... check peti ais... Ermmm.... ngan muka manisnya dia datang kat aku sambil peluk ummi dia ni....

Nye : ni yang Nye sayang sangat kat ummi ni... (huh! baru kau tau anakku???). Tapi ummi, boleh dok kalau Nye makan semua sekali hari ni?

Aku : Apsal? Dah terasa nak kencing kat tempat tidur sangat ke hari ni? Tak yah nak ngada... ambik 2 batang cukup! Simpan utk esok2 pulak... Ummi pun makan sebatang je.. (walaupun sebelum tu aku dah rasmi 4btg... hehehe... sedappppp!!!!)

Anyway, walaupun benda ni nampak simple je, tapi bila tgk anak2 happy dengan apa yang kita buat untuk dorang (walaupun ... Rasa cam puas sangat! Lepas ni nak buat perisa asam masin pulak. Kalau sape2 nak order... boleh buat tempahan sekarang sementara stok masih ada. Tapi hari ni tak tau le stok ni boleh bertahan sampai pukul berapa. Kot balik nanti, ada orang volunteer nak buat stock clearance :P... hahahaha...

aiskrim batang perisa jagung....



Monday, April 6, 2009

Mood & Minat

Aduhh... hari ni betul2 tak de mood nak keje. Gara2 miscommunication... bala besar dtg dlm sejarah kerja aku hari ni.. Tak tahu silapnya di mana. Telinga aku ke yang silap dengar atau otak aku ni yang tak berfungsi dengan baik? Paling teruk... aku cuma ada 2 hari nak selesaikan masalah ni. mana sukuppppp???? sedangkan aku dan auditor expect 2 minggu lagi baru siap.. nak nangis dah ni... huuuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(:(:(:(:( .... habislah aku kali ni. Boleh ke hantar tender 24hrs??? heeee... rasa nak buat mcm tu jeee..

Ok...ok... cool ummi... cool..... MU menang semalamkan... Menang bergaya lagi selepas keciwa 2x...! Hehehe... Ni satu lagi kisah... Kisah aku dapat minat yang baru. Entah mana datangnya minat tu... Tetiba je manusia yang tak pernah kenal jarum dan benang ni rasa nak menjahit... Bukan jahit baju... tapi jahit manik.. Kira ok apa? Alkisahnya... siaplah sudah 3 pasang kebaya aku... Bila tengok2, cam kosong je... Tak cantik laa pulak... So, tergeraklah hati ni nak letak manik. Dengan pertolongan seorang kawan, aku pegi cari manik yang bersesuaian... Jadinya, setelah sebulan mentelaah ilmu manik ni, maka siaplah sudah 2 pasang baju kebaya aku. Taraaaaaaaaaaaa.... Mestilah banyak kekurangan sbb ni first attempt aku ni nak jahit manik... Sampai rasa nak muntah aku tengok manik2 yang kecik lagi halus tu.... Tapi kira berbaloi jugaklah usaha aku ni....

tak tahu pattern apa ni.. Kasi hentam sama dia... hehehe




Konon2nya yang hitam tu nak le dipakai pegi keje hari ni... Tapi ntah apa malangnya nasib aku, masa nak iron tu (dah letak point tu kat -0.1 rasa2nya leee) tetiba je aku angkat2 tengok dah ada beberapa lubang. Lubang nak bagi masuk angin ke apa ni? mentang2 la baju tu hitam. Terpaksalah aku cari jalan nak alter baju ni semula... tension amat ni! Dah tak boleh nak test baju ni.... Waaaaaaaaa... 2x aku nak nangis hari ni..... Nasib baiklah MU menang semalam... Hehehe....

tgh duk cari idea ni camana nak tampal lubang ni... Nak buat sendiri kononnya... Fikir2...


Hari ni jugak aku bawa Dania stay kat ofis... Coz nenek tak de nak jaga... Since Jumaat lagi dah... till rabu ni.... Alhamdulillah Dania tak banyak kerenah. Ada bantal busuk, botol susu, beg sekolah, kertas ngan pen... Semua berjalan seperti biasa. Lepas ni boleh laaa jadi assistant ummi kat ofis ni ye sayang. Asal org call je... dia la jadi operator... Kalau suara lelaki, mesti walidlah tu... kalau pompuan pulak... nama nenek jadi mangsa.... Suka2 hati je dia.... Ermmm... tp assistant baru aku ni cepat penat laaa... Belum abis ofis hour dah mintak susu. Dapat susu sebotol, terus tidur kat sitter tu tak sedarkan diri.... Kalau tak digerak, mau maghrib kang baru bangun... Waaaaaaaaa... ummi nak balik awal ni Dania... Kesian kat abang kalau kita balik lewat... Bangun... bangun.... hehehe....

Thursday, April 2, 2009

son & daughter

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم Bersabda: خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku ( para sahabat ) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya ( tabiu’t tabi’in )”(Hadits Bukhari & Muslim)

Berkata Imam Malik رحمه الله
“Tidak akan baik akhir dari umat ini kecuali kembali berdasarkan perbaikan yang dilakukan oleh generasi pertama”. dan.. "Setiap kebaikan adalah apa-apa yang mengikuti para pendahulu, dan setiap keburukan adalah apa-apa yang diada-adakan orang kemudian".

I do believe that nowadays it's not easy for us(parent) to bear for an "excellent generation" but it still doesn't impossible for us to have a "good product" here and after. What important is, we, as a parent should play the main role and be the best model to follow. As a mum, i did feel worry and keep thinking 'why it's so hard to grow up my own little kids?'. And kids, always and always 'trying & testing' their mum without thinking the future effect :) hehehe... and usually, they're failed! DEFINITELY....I do have my own way to answer their 'ummi's patience test'... Siapa makan garam dulu maaa??? I certainly believe that every parents had their own style in growing up their kids. But no matter what and no matter how, i always hoping and wishing the BEST for my kids! Wish them to be anak2 yang soleh & solehah.... and would become someone useful to the religion, kingdom & nation... InsyaAllah.. hopefully laaa!

rambut pendek sudah...

on the way ke kota bharu & balik semula ke Kuantan

solat jemaah ngan ummi... dania test kain telekung baru...

Monday, March 30, 2009

Adopted Child

Speaking of an adopted child, it might be sensitive for those who is sitting in his/her shoes but sometimes on the other hand, it can be something special for whom who really need a kid. And this is what has happened to my aunty's family (from my husband side). After waiting for sooooo long, at the end of the day this little bundle come to their life; it's unexpected actually without any preparation but the entire family accept this 'special gift' from Allah with all our heart.
Me and mr hubby went back to Kota Bharu last Saturday to celebrate this excitement and joyfulness with all families. At first i tot it was kinda easy to adopt a child eventho we have an agreement from both parties. But then it could turn to something which is not easy to bear when suddenly his/her biological parents change their mind to take back their son/daughter after he/she has staying with us for quite awhile. This kind of situation happened to my aunt's family after finally the court decided that this little boy is legally belong to her. We felt so so happy and my kids love this boy very much! Gonna miss him and we only manage to meet him again on Hari Raya.

11 days.. sebelum dibotakkan!

His hair has been shaven by Menteri Besar Kelantan, Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat but my husband continued to finish all of them till the boy looks 'botak chin'... hehehe... We took 2hrs to complete shaving his hair but unfortunately i forgot to capture the moment.

i am 12days now and ready to start my new life!

After given bathe, i took my time to just be with him for awhile. He refused to play with me btw. ***Sigh*** :(... Need to sleep lorrrr...... sejuk.... I capture this video and see how he is started to sleep as a sign he didn't want to play with everybody around him.

Welcome to the family. You're now be apart of our life. No border no boundaries! Wish you be a good boy one day. Live with a happy life always... I'm sure your new parents will take good care of you and they did love you since you come to their life... no matter what, they will fight for the sake of you and for yourself own good!

Tuesday, March 24, 2009

New Gadget

Yeeeehaaaa..... setelah berbulan-bulan menanggung sebak di dada dan derita sengsara angkara handphoneku yang tersayang merajuk dan buat perangai kerana sudah bosan bertuankan aku.... Maka, dengan setulus ikhlas aku memaksa diriku untuk bertukar kepada hp yang baru.... hehehe.... Tu laaa... sape suruh buat perangai... dahkan nak kena tinggal. Silap2 masuk dalam tong sampah lepas ni... tapi tak kot... walaupun muka dan tubuhmu compang-camping angkara perbuatanku... namun tetap kau ku simpan di dalam muzium harta redakku... :P kerna ini adalah pemberian hubby masa besdayku hampir 3 tahun yg lalu.. harus ku simpan sbg menghargai.
Ye sekian pembaca blogku... hari ni dengan rasminya aku tukar hpku yang lama dengan yang baru. Memandangkan aku ni tak de la minat sangat pun dengan hp... so, aku cari yang biasa2 aje... Asal aku boleh hantar msg (sms) - mms tak pasti sbb tak tau selama ni aku register ke tak... hehehe... and aku boleh terima dan buat panggilan, cukup leee... bukannya superwoman pun nak pakai yang canggih2. Tambah2 fulusnya ngak mengijinkan! hemmm... itu le yg sebenornya:). Gaji tak dapat lagi!
A big thanks to mr husband sebab tolong belikan hp yang baru buat isterinya yang CUMA sorang ni jeee.... :) Berapa pun harganya, tetap ku terima dengan hati yang terbuka... terima kasih sesangat2 ye anje... So, dengan rasminya hari ni berlakulah pengambilalihan kuasa handphone dari Nokia 6131 kepada Nokia 7610 Supernova. Agaknya boleh tak bertahan sehingga 3 tahun lagi?
nokia 6131.. after almost 3yrs

nokia 7610 supernova