Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, March 11, 2010

Our Chocolate Cake, Strawberry Pie & Dates Cookies

Salam semua... Wahh!! Hari ini saya ada semangat baru... semangat nak update blog sejak sekian lama duk peram.. (malas punya pasal)... Nasib baik tak jadi ikan pekasam.. Kalau tak, mesti dah lama abis ditelan... Apa pun, kali ni cuma mahu update pasal insan baru dalam keluarga kami iaitu Muhammad Darwisy Haziq atau nama glemernye.. H.A.Z.I.Q ! As of now, Haziq dah pun berusia 2bulan setengah.. Alhamdulillah, sehingga hari ini Haziq membesar dengan sihat dan so far tak banyak kerenah. Abang dan kakak pun hepi beradikkan haziq... and haziq pun bahagia berabang dan berkakakkan Danial & Dania.... Abang & kakak sangat2 bertanggungjawab pada si kecil Haziq.. Alhamdulillah, syukur sebab abang & kakak selalu menunjukkan sifat PELINDUNG pada adik yg masih kecil... So, here we go.... latest pictures of Haziq... Our Chocolate Cake, Strawberry Pie & Dates Cookies... hehehe

These brown photos have been taken while we're waiting for Abang Danial who is going to attend a tuition class. Ummi was so bored and tried to fill in the time with snapping the pictures.


Who do I look alike hah???

Definitely Walid's face is down here... :P







Haziq & kakak... A lovely sister ever!

Don't you notice that Haziq is looks like a BEE! But no wings to fly... how sad!

Haziq is trying to understand what his ummi going to do with the hp. Ummi is snapping yr picture laa my dear... buat collection

Haziq tak leh jauh dr 'soother'nya... Dengan soother itulah haziq akan sentiasa rasa aman dan damai... sehingga mata terpejam dan lena dibuai mimpi...

07.03.2010

My mun asked us to visit our grandma or embah (moyang) to the kids, who is getting sick after having a bit problem on her knee & calf. Embah can't properly stand up... Kalau nak solat pun harus duduk. She need to hold something while walking. If not, nanti embah boleh jatuh. Dan kalau jatuh, kaki embah akan jadi bertambah parah. Actually, saya ada nasihatkan supaya my grandma pakai tongkat and i believed that the entire families ada nasihatkan dia supaya pakai tongkat but unfortunately she refused to do that. I really have no idea about this. I know she must has her own reason but on the other hand, this is for her own good. I donno...

So, Haziq pun harus ikut sekali... Pada stage ni, Haziq ikut aje laa apa yg Ummi pakaikan kat Haziq yer.... Janji Haziq nampak bersih dan kemas. Puting memang x leh jauhlah kan... Abang dan kakak pulak dah pandai nak pilih baju sendiri... Orang dah stylo la katakan... So, time ni Ummi lak yang kena ikut kehendak abang dan kakak... but Ummi x sempat nak snap gambar abang dan kakak coz mereka berdua ni dah sibuk pegi main lepas bersiap dengan kawan2 sebelah rumah. Apa yang pasti, kakak pakai tudung hari ni sebab nak ikut style ummi. X per... ummi tak kisah kalau terpengaruh dengan benda yg baik... Ummi ikut jer kalau kakak suka. Tp ummi x paksa... sebab kakak masih kecil lagi. Saje nak cantik2 boleh laa... Tp nanti bila dah besar, tudung adalah satu kewajipan untuk kakak. Abang & Haziq... ummi tak kisah sangat coz kedua2nya lelaki. Pakailah apa saje asalkan nampak sopan...


ummiku sedang bersiap... dan aku sedang menunggu...

21.02.2010

Pada tarikh keramat ni, Haziq telah dibotakkan buat pertama kalinya dalam hidup Haziq oleh Walid dan Ummi. Proses pembotakkan telah mengambil masa selama kira2 1 jam. Huh, bukan satu kerja yg mudah... Harus berhati2 takut pisau cukur terkena kulit kepala Haziq. Huhuhu... ngeri kalau terjadi mcm itu... Ok tak bila haziq botak??? Hehehe... dan Walid akan terus botak dan botakkan lagi Haziq selepas ini sehingga cukup 40kali. InsyaAllah....


Bergambar selepas dibotakkan :P dengan puting lagiii!!! hehehe


CNY @ Kota Bharu 13-17.02.2010

Ini adalah kali pertama Haziq menjejakkan kaki di Terengganu dan Kelantan. Nak balik umah nenek dan atuk john di Kota Bharu. First time nak jumpa nenek ngan atuk selepas Haziq dilahirkan... Mak Long, Mak Su, Kakak Maria & Sarah pun nak jumpa sangat ngan Haziq.. So, alhamdulillah... hajat nak jumpa kesampaian jugak. Cuma Ayah Chik, Makcik Tissam & Abang Nuzul jer tak de... coz dorang tak balik bercuti di Kelantan. Ayah Chik sibuk dengan training. Liga Perdana kan baru bermula... so susah nak dapat cuti. Tak pe, ada rezeki lain kita berjumpa jugak...

For readers information, sepanjang mengandungkan Haziq... memang saya dah berniat nak bawak Haziq berjumpa Tuan Guru Nik Abd Aziz (MB Kelantan). Kalau boleh memang nak suruh Tuan Guru menyempurnakan majlis tahnik dan cukur jambul haziq kali ni. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala yg dihajati.... Walaupun tanpa membuat sebarang temujanji. Syukur yang teramat kerana pada hari tersebut(16.02.2010) x ramai yg datang bagi tujuan yg sama. Mungkin kerana hari tersebut jatuh pada hari bekerja bagi negeri Kelantan. Kami sekeluarga pergi ke sana sebelum solat Subuh ditemani FIL and SIL serta anak2nya... Dan bersolat subuh secara berjemaah di masjid Tuan Guru. MasyaAllah, ramai sungguh jemaah yang solat kat sini. So... malas nak cite panjang. Lets the pictures tell the story.... :P (perangai malas kembali lagi...hikhikhik)

majlis dimulakan dengan bacaan doa....


upacara tahnik akan disempurnakan... (walid tgh cabut puting haziq tuh.. huhuhu)
haziq duk rasa kurma... sedap laa agaknya tuh!
haaa kaannnn ... haziq senyum jer.... memang sedap laa tu...

rasa kismis pulak... aaiii, kenyang laa anak ummi kali ni..

rasa air zam zam pulak yer....

dan akhirnya.... jambul digunting juaa.....


Alhamdulillah, majlis pun selesai... Walid berkesempatan meminta Tuan Guru untuk membacakan doa di kepala abang Danial. Oleh kerana kesuntukkan masa, Tuan Guru tak sempat membacakan doa untuk Kakak Dania... InsyaAllah.... panjang umur kita berjumpa lagi.... Ummi dan Walid rasa bersyukur sangat2 sebab diberikan Allah SWT peluang sebegini.
InsyaAllah, kalau tak de halangan, next week kitaorang akan balik semula ke Kota Bharu. Dan kalau Tuan Guru dah sihat, harap2nya dapatlah kami berjumpa di tempat beliau sekali lagi.. Semoga dimakbulkan doa kami... Amin....

No comments: